Senarai Maharaja Bizantin
Senarai Maharaja Bizantin

Senarai Maharaja Bizantin

Ini merupakan daftar Maharaja Byzantine.Nota: Ia amat sukar bagi menentukan dengan tepat bila Empayar Rom berakhir dan Empayar Byzantine bermula; Empayar Rom sebenarnya berpecah kepada bahagian timur dan barat untuk maksud pentadbiran oleh Diocletian pada 284. Calon bagi maharaja Byzantine pertama termasuk Konstantine I Empayar Rom (maharaja Kristian pertama, yang memindahkan ibunegara ke Konstantinople), Valens (Pertempuran Adrianople (378) merupakan salah satu cara tradisi memulakan tempoh medieval), Arcadius (sebagai Theodosius I sering dianggap maharaja terakhir Empayar Rom tunggal), dan Zeno I (kerana maharaja barat terakhir Romulus Augustus telah digulingkan ketika pemerintahannya). Yang lain menetapkan tarikh permulaan Empayar selewat Heraklius (yang menggantikan gelaran imperial Rom tradisi "Augustus" dengan "Basileus", perkataan Greek untuk "Maharaja", dan memberhentikan penggunaan bahasa Latin dengan menggunakan Greek sebagai bahasa rasmi). Anastasius I pada 498 menilai semula matawang, dengan menggunakan sistem nombor Greek. Dan juga, masyarakat Byzantine sendiri kekal menganggap empayar mereka sebagai Rom lebih dari satu millennium (seribu tahun).